langkahan kaki di muka bumi pinjaman Ilahi... [ingatan buat diri]
Thursday, December 9, 2010
Ini dah yang ketujuh
Hari ni pagi pagi dah dapatkan kosmo
Tak puas dengar ulasan akhbar pagi tadi, lalu singgah beli KOSMO
..makin menjadi jadi nampaknya kes perceraian di kalangan artis.
Kali ni giliran nana dan sein.
Harap emosi anak mereka tidak terganggu. Anak kecil, tidak mengerti apa-apa. Kasihan…mangsa tiadanya persefahaman.
Semoga situasi ini tidak berterusan.
Ramai pasangan diluar sana yang melalui kes yang sama, cuma pendedahan tidak begitu nyata.
Bukankah akhbar lebih laris dengan khabar dari artis. Tidak kira berita gembira atau duka.
Banyak undangan majlis perkahwinan bulan ni. Sampaikan perlu buat senarai tampal di pintu bilik.
Terima kasih atas kad undangan, insya Allah nantikan kehadiran.
p/s: tahniah buat Sab, Aisyah dan Wanie. Bercintalah hingga ke syurga….
Wednesday, December 1, 2010
hitam putih putih hitam
apa yang hitam tapi juga putih
apa yang putih tapi juga hitam
bukan berniat nak membuat anda keliru di pagi hari
tidak juga terlintas memaksa fikiran mencerna maksud menjana imaginasi di awal pagi.
Saya percaya anda tahu tentang habbatus sauda' (sila betulkan jika khilaf sebutan dan ejaan)
You are what you eat
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (sumber blog hpa http://blog.hpa-online.net/produk-halal-hpa/habbatus-sauda-penawar-pelbagai-jenis-penyakit.html)
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain: (sumber: http://duniaherbahpa.com/2008/05/habbatussauda-softgel/)
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati rheumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
- Mempertingkatkan sistem immuniti
- Meningkatkan tenaga seksual
Insaf dengan diri, Habbatus Sauda yang dibeli terbiar di atas almari. Sedangkan begitu banyak kebaikan yang Allah SWT kurniakan untuk ku nikmati!
Sumber gambar dari : http://habbatus-sauda-zahir.blogspot.com/
Dah tahu ?
apa yang hitam tapi juga putih - jintan hitam memberi sebegitu banyak kebaikan untuk manusia
apa yang putih tapi juga hitam - hidangan yang enak itu menawarkan berbagai penyakit.
Iza: Aaaa tak boleh beli cheesy wedges? T_T wuuuu sedihhh…hitam putih, putih hitam.
Friday, November 26, 2010
Tak Seindah Sentuhan Mataa
Pagi-pagi memandu dengan sisa kantuk berbaki di masa.
Halau jauh-jauh bayangan bantal, selimut dan tilam empuk.
Sambil memandu jari ligat menukar stesen radio.
Tiba-tiba dengar suara Nazrey Johani mengalunkan Tak Seindah Sentuhan Mata.
Bukan tak pernah dengar lagu ni, tapi hari ni mendengar dikala memandu dan keseorangan.'
Mendengar dalam suatu situasi yang berbeza.
Subhanallah! Motivasi ini berkesan.
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Indah bukan?
Segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan ilham pada pencipta lagu ini.
Tak Seindah Sentuhan Mata
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Wednesday, November 24, 2010
SUFFAH BEAUTY SHOP Giveaway!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pertama - 1 pek EVE 6000mg Collagen berharga rm79.00
Kedua - Figure Up Slimming beharga rm68
Ketiga - Jungong Detox White Patch untuk 1 bulan berharga rm60
Syarat penyertaan:
- mestilah menjadi follower di SUFFAH BEAUTY SHOP dan FIGUREUP2U
- buat satu special post mengenai giveway ini di blog/web peribadi anda dan tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen entry ini
- jika anda memenangi cabutan bertuah ini, barang akan di kurier terus direct pada anda. Hanya 3 pemenang dipilih
- warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
- tarikh tutup penyertaan adalah pada 26/11/2010 - my birthday la hehe .. jam 11 malam.
- Pemenang bertuah akan diumumkan di sini pada 28/11/2010
Salah ke?
Oh salah barangkali memilih kerja di sector swasta.
Pertanyaan yang paling malas nak jawab tapi paling kerap ditanya.
Bukankah aku perlu bersyukur, di saat kuliah yang belum usai, aku ditawarkan pekerjaan.
Menyambung dan menyara kehidupan.
Salah?
Oh bila ku ulas begitu, katanya bukan apa mudah nak buat pinjaman jika aku kakitangan kerajaan.
Penting rupanya ya kelebihan itu.
Bagus juga, boleh beli kereta 2 3 buah.
Istighfar, jangan terlalu fikir kata org..
Ambil yang jernih..yang keruh jangan disimpan.
Eh..kalau yang keruh tak simpan, yang mana nak dijadikan sempadan?
Yang mana nak dijadikan pengajaran
Termangu lagi..



