Wednesday, December 31, 2008

Salam Muharram 1430

keletihan mengarang buku masih bersarang di segenap rasa..namun langkahan anjakan akademik mesti diteruskan. mencongak hari, mencerna maksud , mencerakin jadual diri.. kadangkala terasa tidak mampu menghadapi, namun inilah hadiah yang harus dinikmati. tidak semua insan mampu merasai pengalaman ini. bersyukurlah iza.. setiap hari dalam senarai tugas, ada sahaja perkara baru dilakarkan. semoga diberi kekuatan di dalam diri untuk terus mengorak langkah mengharungi gelombang cabaran, mendaki puncak kejayaan. insya Allah. melepaskan lelah sejenak di laman google menemukan diri dengan laman http://www.angelfire.com/super2/gerbang_islam/zikir.html serasa ingin berkongsi dengan semua amalan harian ini. semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T. aminnn...




kad pergigian pelajar utm [macam masa sekolah dulu , kale je laen]



it's a long journey ahead


*erm..sorry viewers.lately ni saya ada sket malas nak upload gamba ke blog...yang ni pun sy baru transfer sbntr td..ok la gak gamba yang dihasilkan oleh kamera hs kesayangan sy ni.;p *

Wednesday, December 24, 2008

Lelaki kacak

http://k1m1.wordpress.com/2006/10/10/lelaki-kacak/


Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya”.
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang akan diterima Allah.Satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Apabila selesai pengkebumian, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir, yang cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”
Apabila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga.Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani atau memberi bantuan kepada kita kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar.
Wallahua’lam.

yawning ..=_=

hola viewers..
so sleepy.
so tired.
so so so
perah otak mengayat, menggoreng [no oil ok], meng...men.. [everything]
bku, chapter of the book, [adoiyaii]

macam2 tajuk , jurnal, paper,
[coding terabai],
selamat bercuti,
naik cuti nanti kene pastikan buku siap. T_T

Wednesday, December 10, 2008

*it suits well*

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang


Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
[Hanya Di Mercu lirik on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu (2x)

Monday, December 1, 2008

*ingatan buat diriku* juga pembaca

thanx ainul, ambil gamba ni dari blog kamu. membaca blog kamu sungguh mengubati hati. sering terhidang kata-kata manis yang kamu sulamkan. thanx, alfu shukran buat ainul.
[gamba ni akk amik ye ;)]


*entri baru *

salam muslim viewers, maaf saya sibuk dengan hebat minggu2 ni serta akan2 datang [bile yang tak busy pun tak tau]... tadi wani [kawan ayet] gunakan laptop saya dna die cari gamba bertemakan abstract. jadi saye pun modified sket die punye earch keyword jadi purple abstract. ni salah satu banyak yang saya jumpe ::)
UNGU memang hebat dan menggembirakan ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails