Friday, February 24, 2012

resepi kentang putar dan kuah aka gravvy

hai blog, rindu kamu, 
bersawang dah..

ok kali ni nak kongsi resepi kentang putar (tak putar pun lenyek je) dan kuahnya..(dah banyak kali buat ni..resepi pun dari internet)

bahan-bahan kentang putar:
kentang (dalam 10 biji)
mentega (dalam 250g) -agak-agak je
lada hitam
lada sulah
susu dalam kotak/dalam botol (saya guna suku botol susu dutch lady fresh milk yang besar tu )

cara:
  • kupas kentang-->belah dua-->rebus (paras air tu hanya untuk cukup2 tenggelamkan kentang)
  • kentang yang dah rebus tu kita lenyek (guna masher pun boleh...lagi senang), lenyek lagi dan lagi.
  • masukkan mentega dan lenyek lagi bagi sebati
  • masukkan pula lada hitam dan lada sulah lenyek lagi
  • masukkan susu dan lenyek lagi..
ok dah siap sila la rasa..hehehe


bahan-bahan kuah kentang putar kita adalah:

tepung jagung :agak-agak sampai kuah tu likat2 sikit
 2 kiub pati ayam (apape jenama)
air- 2 cawan : tapi boleh je ikut suke kite..agak2 je nak cair atau pekat
lada hitam
lada sulah
bawang besar didadu

cara-cara:

tumis bawang sampai warna karamel (nanti kuah kite coklat le cam kfc tu)
masukkan air
masukkan kiub ayam (hancurkan le kiub tu)
masukkan tepung jagung (bancuh dulu tepung jagung tu dengan sedikit air di tempat berasingan..supaya tak ketul2 dalam kuah kite)
masukkan lada sulah dan lada hitam ikut suka anda

*sambil nak tunggu dia didih tu kacau le bagi tekstur kuah tu cantik..hehhee
dan SIAP.. dan sedap dan habis dimakan tak sempat simpan pun..huhu
 

 
 
 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails