Tuesday, December 28, 2010

Matamu mataku


Ni bukan tajuk lagu baru..tapi berkait rapat dengan masalah yang sedang dihadapi.
Dah dua hari berlarutan masalah pedih mata ni. Sebelum ni pernah juga mengalaminya, tetapi tidak begitu serius.
One or two then its gone.
Tapi..dah dua hari pedih mata ni. Makin menjadi-jadi.
Punca? Benda ni kot



 

Apa perlu saya lakukan?

Thursday, December 9, 2010

Doa ketika melihat hujan


Hujan pagi..indahnya

Doa ketika melihat hujan

 




Ini dah yang ketujuh


Hari ni pagi pagi dah dapatkan kosmo
Tak puas dengar ulasan akhbar pagi tadi, lalu singgah beli KOSMO
..makin menjadi jadi nampaknya kes perceraian di kalangan artis.
Kali ni giliran nana dan sein.
Harap emosi anak mereka tidak terganggu. Anak kecil, tidak mengerti apa-apa. Kasihan…mangsa tiadanya persefahaman.
Semoga situasi ini tidak berterusan.
Ramai pasangan diluar sana yang melalui kes yang sama, cuma pendedahan tidak begitu nyata.
Bukankah akhbar lebih laris dengan khabar dari artis. Tidak kira berita gembira atau duka.

 
Banyak undangan majlis perkahwinan bulan ni. Sampaikan perlu buat senarai tampal di pintu bilik.
Terima kasih atas kad undangan, insya Allah nantikan kehadiran.

 
p/s: tahniah buat Sab, Aisyah dan Wanie. Bercintalah hingga ke syurga….


 

 

 

 

Wednesday, December 1, 2010

hitam putih putih hitam


apa yang hitam tapi juga putih


apa yang putih tapi juga hitam


bukan berniat nak membuat anda keliru di pagi hari
tidak juga terlintas memaksa fikiran mencerna maksud menjana imaginasi di awal pagi.


Saya percaya anda tahu tentang habbatus sauda' (sila betulkan jika khilaf sebutan dan ejaan)


You are what you eat


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (sumber blog hpa http://blog.hpa-online.net/produk-halal-hpa/habbatus-sauda-penawar-pelbagai-jenis-penyakit.html)




Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain: (sumber: http://duniaherbahpa.com/2008/05/habbatussauda-softgel/)
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati rheumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
  • Mempertingkatkan sistem immuniti
  • Meningkatkan tenaga seksual
Nah! Enjian carian member sekian banyak sumber maklumat.
Insaf dengan diri, Habbatus Sauda yang dibeli terbiar di atas almari. Sedangkan begitu banyak kebaikan yang Allah SWT kurniakan untuk ku nikmati!


Sumber gambar dari : http://habbatus-sauda-zahir.blogspot.com/

Dah tahu ?
apa yang hitam tapi juga putih - jintan hitam memberi sebegitu banyak kebaikan untuk manusia


apa yang putih tapi juga hitam - hidangan yang enak itu menawarkan berbagai penyakit.






Iza: Aaaa tak boleh beli cheesy wedges? T_T wuuuu sedihhh…hitam putih, putih hitam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails