Thursday, September 29, 2011

Masa untuk 'perahu wap'

eh...dah sampai masa untuk menikmati 'perahu wap' hahahaa steamboat la tu..direct translation betul.

akan pergi berkursus lagi..dengan niat yang bersih dan suci murni partners in crime kali ini Kak Zu, Kak Horatio Habsah, Cik Anes dan Cik Ain.

dan Midnight Bazaar Setapak. 

eh...kursus ke jalan-jalan?

Wednesday, September 28, 2011

wednesday

hari ni takkan ada entri wordless wednesday ..

 diselubungi kelas dari jam 12- 5.30..terima kasih...majulah sukan untuk negara..hahaha


p/s: terima kasih google untuk gambar tu

Tuesday, September 27, 2011

3 bulan 2 minggu 1 hari

321...and we still counting the days....


*thanks google for this bear image

Monday, September 26, 2011

Rezeki di hari Isnin

salam semua...
thanks for reading my blog..(hoh perasan sungguh ..ada ke orang nak baca)

dapat panggilan ..diarahkan pergi bursary..ambil cek..owh elaun dah masuk!..teringat sesi rombongan pergi kursus yang lepas dengan cik anis dan cik ain..siap pergi makan kat flaming steamboat setapak. shopping sampai lebam (tapak kaki laa) kat downtown setapak .kursus la sangat kan..haishhh..

sambil jalan pergi bursary sambil berangan nak masuk terus duit tu dalam tabung. i takde piggy bank yea....bank i bentuk cendawan (kawan best bagi..thanks Im!) dan bentuk silinder (ni beli katkedai dua hengget)...eh melalut sudah...

back to the story, sampai-sampai saja dekat bursary, miss cantik hulur satu kertas..(err miss tu memang cantik..tapi i selalu lupa nama beliau)..

dan i dapat satu kertas ...CEK nama dia....


erkkk takkan nak masukkan this cheque directly into my tabung..huhuhu..maka perlu mencari masa sesuai untuk cash kan cek ni...ermmmmm..

i am thinking of weekend nak pergi cash kan cek ni... no worries babes..cheque deposit machines are everywhere :P positif..positif.......
p/s: Alhamdulillah...boleh tambah duit tabungan ^_^


Thursday, September 22, 2011

bila kita dekat hati jadi tenang

Satu perkongsian daripada satu slot di IKIM.fm pagi ini...(sorry for some modification from the exact sentences since i am driving while listening and not writing :P )

  • Kita lebih rasa tenang apabila melihat kereta atau bangunan atau gunung ganang atau sungai (ciptaan manusia vs ciptaan Ilahi). --> tentunya kita tenang apabila melihat alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Sesuatu yang Allah ciptakan sangat dekat denganNya. Maka, kita sebenarnya lebih tenang apabila kita menghampirkan diri kita denganNya. Subhanallah, cuba bayangkan logiknya di sini, mendekatkan diri dengan ciptaanNya sahaja sudah tenang, apatah lagi jika kita mendekatkan diri kita kepadaNya.
  • Bila kita melakukan dosa, kita sebenarnya melanggar fitrah diri kita. Apabila melakukan sesuatu kesalahan, kita rasa bersalah. Rasa bersalah membawa kepada menyesal. Dan rasa menyesal ini merupakan salah satu taubat. (betulkan jika saya salah, ini hanya pemahaman saya berlandaskan apa yang saya dengar pagi ini).
  • Kesalahan atau dosa yang jarang dilakukan seumpama racun dalam diri. Namun, apabila kita sudah terbiasa melakukannya racun dirasakan seperti penawar.

Tuesday, September 20, 2011

88 this semester

hye T_T will be teaching 88 students  today..pengsan......... wish me luck

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails