Satu perkongsian daripada satu slot di IKIM.fm pagi ini...(sorry for some modification from the exact sentences since i am driving while listening and not writing :P )
- Kita lebih rasa tenang apabila melihat kereta atau bangunan atau gunung ganang atau sungai (ciptaan manusia vs ciptaan Ilahi). --> tentunya kita tenang apabila melihat alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Sesuatu yang Allah ciptakan sangat dekat denganNya. Maka, kita sebenarnya lebih tenang apabila kita menghampirkan diri kita denganNya. Subhanallah, cuba bayangkan logiknya di sini, mendekatkan diri dengan ciptaanNya sahaja sudah tenang, apatah lagi jika kita mendekatkan diri kita kepadaNya.
- Bila kita melakukan dosa, kita sebenarnya melanggar fitrah diri kita. Apabila melakukan sesuatu kesalahan, kita rasa bersalah. Rasa bersalah membawa kepada menyesal. Dan rasa menyesal ini merupakan salah satu taubat. (betulkan jika saya salah, ini hanya pemahaman saya berlandaskan apa yang saya dengar pagi ini).
- Kesalahan atau dosa yang jarang dilakukan seumpama racun dalam diri. Namun, apabila kita sudah terbiasa melakukannya racun dirasakan seperti penawar.
No comments:
Post a Comment