Monday, January 17, 2011

DUN Tenang : a short story


Sejak akhir-akhir ni pekan labis dan tenang stesen meriah. Lebih meriah dari biasa gitu.
Hari-hari pergi balik kerja lalu jalan yang sama sudah tentu mudah terasa perbezaan yang berlaku . pilihanraya kecil dun tenang pun dah tak lama lagi.
Ada beberapa perkara yang saya boleh kirakan sebagai trivia (macam ye ye je trivia).
  • Mula kelihatan kanopi-kanopi kecil warna putih didirikan di bahagian-bahagian tertentu pekan. (kawasan letak kereta, depan kedai dan sebagainya) .beberapa hari kemudian baru tau itu adalah pondok polis. (okey saya rasa keselamatan semakin terjamin. Kita sedia maklum bila tiba pilihanraya kawasan akan jadi lebih padat populasinya. Macam-macam boleh berlaku. Pujian untuk PDRM!)
  • Bangunan-bangunan milik parti politik (semua parti politik yang ada di labis), mula dihiasi bendera-bendera parti.
  • Calon masih belum diketahui. Tertanya-tanya juga siapa bakal menduduki kerusi calon.
  • Depan petronas baru Labis (arah segamat) *err bagi pembaca yang tak tahu , sila buat-buat tahu* mula didirikan satu kawasan yang penuh dengan kanopi . *bukan kanopi kenduri kawin tu tau, rasanya kanopi ni lebih mahal, berdasarkan saiz dan ketinggian kanopi*. Saya masih tertanya-tanya kawasan apa ya. Kalau anda tahu , sila tinggalkan komen ^_^ V.
  • Setiap kali balik kerja, jalan di pekan labis sesak. *wah dah macam bandaraya!*
  • Acara singgah menyinggah kedai setiap kali balik kerja perlu ditangguhkan sementara. Untuk mengelakkan pusing banyak kali cari parking sampai 2-3 jam. *padahal nak singgah kedai 10 minit je. =_= '
  • Kawasan parking depan pasaraya WorldCome labis (*again sila buat-buat anda tahu kedai ni kat mana*), sesak luar biasa. Kene fikir banyak kali if nak singgah beli barangan keperluan.
  • Nak singgah kedai buku Mim Meng pun perlu fikir banyak kali. T_T. so time ni tak payah baca buku dulu. :P
  • Kalau jalan sorang-sorang di pekan labis anda akan rasa macam alienated. Sampai tertanya-tanya aku kat mana ni. *ramai wajah-wajah non segamat boleh dilihat di sini*
  • Satu bonus jika anda jalan sorang-sorang dan ditemuramah wartawan. Wah ada peluang masuk berita pukul 8! *ok iza jangan berangan*
  • Tahniah kepada warga labis/ segamat yang Berjaya mendapat kerja separuh masa sempena pilihanraya ni . *no matter what the job is, tahniah!*
  • Eh, dah mula Nampak banner-banner sana sini. Antara yang saya sempat Nampak gambar motivator ternama. Tapi tak sempat baca habis. Bahaya memandu sambil baca banner!
  • Kedai-kedai makan penuh macam tokey kedai bagi makan free! *rase nak berniaga makanan pun ada. Leh cari duit sampingan*
  • Sabtu lalu ada sambutan pesta ponggal di Ladang Voules , tenang stesen. *korang pegi ke? Meh share story ;)
  • Tiap kali balik kerja dalam kereta mesti buka radio Johor (J FM). *time2 balik keje mesti ade satu slot untuk wartawan JFM yang dah berkampung kat labis. Dengan mendengar slot ini, saya yakin, dapat tahu event2 yang berlaku di labis untuk hari tersebut. Kot2 ada makan free leh singgah :P.
  • Makcik yang jual goreng pisang dan keropok lekor depan kedai 2 ringgit mula menambah menu2 baru. *saya pun sibuk beli :P
  • Kenderaan2 rasmi kerajaan dilihat di sana-sini. *kalau ada kenderaan stesen tv lalu depan anda, sila tonjolkan diri dan buat muka paling cute. Mana tau die berenti Tanya jalan.
  • Hari tu depan kedai buku (tengah tunggu my mom), ada sorang adik (lelaki) naik motosikal berenti dan Tanya, "kak, bank kat mana ya" *risau jugak takut die ade niat jahat. Tapi sebab kat situ ramai orang (mane la tau ade wartawan Nampak :P), maka jawab la dengan baik …hehehe kesian adik tu cari bank..


     



     

    *ape update terbaru untuk petang ni, 17 januari 2011?


     

    *erm panjangnye entri ni ^_^

3 comments:

PahLawaN MaoKiL said...

•Depan petronas baru Labis (arah segamat) ----> tempat polis berkampung....

Ann said...

kalo bukan baca blog ko ni iza, mmg ak xtau de plhnrya kt jhr ni...*muak dngn politik

[noriza] said...

b: yerp thank you :P


ann: ya2 mari bace blog aku :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails