hye all =_='
Berulang alik ke hospital adalah rutin dalam masa 2 minggu kebelakangan ini, terutamanya setelah Baby Dini, menghidap jaundis. Sebagai seorang auntie yang cantik caring, setiap kali waktu melawat(12.30-2 dan 5-7), mesti peruntukkan masa untuk menjenguk Baby Dini. *oh sungguh caring kan saya :P
Melihat bayi yang menghidap jaundis bukan pengalaman pertama saya okay. Baby Dini anak saudara saya yang ke 10!*obvious ke saya dah tua? of course not! .
Mari kita semak semula apa penyebab Jaundis ni
*maklumat dikumpul dari pelbagai sumber hasil carian di Google
- Bilirubin adalah salah satu daripada hasil buangan apabila sel-sel darah merah yang sudah tua atau lama dihapuskan di dalam hati.(sumber maklumat klik sini)
- Bilirubin ini terhasil di dalam badan kita hari-hari. TAPI, selalunya Billirubin akan disingkirkan dengan pantas.
- Apabila terlalu banyak Billirubin dihasilkan, proses penyingkiran oleh hati menjadi tidak efisien.
- Oleh itu, apabila Billirubin berlebihan di dalam badan, maka mana-mana bahagian yang normal (eg: mata) akan berwarna kuning.
Apabila bayi yang dilahirkan terkena penyakit kuning @ jaundis maka:
- Petua 1: ambil buah kundur dan rebus. air rebusan sila gunakan untuk memandikan bayi.
- Petua 2: pegi kedai tabib cina, tanya ubat budak kecik yang kena kuning. nanti beliau akan hulurkan anda satu paket ubat dan ada tulis rumput kuning. daun ni perlu direbus dan air rebusan tu guna untuk bilas bayi lepas mandi. (pastikan anda sejukkan ye air tu )
- Petua 3: susu kambing. ya, susu kambing sangat berkhasiat. bagi ibu yang menyusukan bayi, silalah meminum susu kambing ini. saya tak berapa pasti adakah boleh diberi pada bayi. *risau pula tak sesuai dengan bayi kan*
- Petua 4: sila beri bayi anda susu sekerap mungkin. bayi yang mengalami kuning/ jaundis ini cenderung untuk kerap tidur. jadi perlu dikejutkan bayi yang tidur dan berilah susu. *selalu saya kejut baby Dini dengan menggeli-gelikan tapak kakinya..shweett*
- Petua 5: isi tempat kosong*sila isikan dengan petua yang tidak saya senaraikan* PEACE!
p/s: sekadar berkongsi cerita :)
alhamdulillah, baby Dini dah sihat, tak perlu ke klinik untuk ujian darah lagi :)
No comments:
Post a Comment