Thursday, November 17, 2011

ermm


wedding countdown

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

melukis menggunakan Excel

Bismillah..
selamat pagi buat semua.
pagi ni tiba-tiba ada mood melukis menggunakan Ms Excel 2007.
 tak melukis pun sebenarnya..hanya menggunakan  shape sedia ada.
taraaaaaaa... comel juga ya.. ok perasan

Monday, November 14, 2011

study smart vs study hard ?

saya pernah ditanya soalan ini. saya di pihak yang mana: smart or hard? saya pun tak tahu untuk menilai kerana sama ada hard or smart bergantung pada diri anda. ia sangat subjektif.

saya memang bukan orang yang layak membuat entri yang bertajuk tips-tips bijak belajar atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. apatah lagi tips khas untuk menduduki peperiksaan di peringkat sekolah.
ya..saya bukannya ulat buku yang duduk depan tv pun masih mata terus fokus pada buku. ya saya bukan jenis itu. saya lah orangnya yang layan drama TVB yang ditayangkan di TV2 tiap-tiap petang.. buat kerja sekolah dan tengok tv. kadang-kadang tu  sampai saya rasa saya hanya tengok tv sambil buat kerja sekolah..diulang sambil-sambil sahaja. kalau dah mata fokus pada tv kerja sekolah apanya?

itulah saya sewaktu sekolah dulu..bila nak dekat SPM kawan-kawan sibuk beli borang matrikulasi. saya memang tak ada plan  nak beli. bila cikgu tanya saya cakap " saya rasa berdasarkan keputusan  trial SPM saya ni memang saya tak layak masuk matriks cikgu". cikgu geleng kepala. saya dah menyerah kalah sebelum berjuang. 

lantas orang seperti sayakah yang patut kamu tanya  tentang tips bijak belajar? 

ke mana saya selepas SPM? 
sambung entri seterusnya...



Friday, November 11, 2011

Aku, dia dan sesuatu 11.11.11

ada apa dengan tarikh? sebenarnya point utama adalah hari ini hari jumaat dan hari ini adalah 11 November 2011. kalau tulis dekat buku latihan sekolah jadi 11.11.11. 
ramai memilih tarikh ini untuk mengabadikan kenangan terindah eceh...


aku? yet it is another working day..and.. its Friday!!!!!!! alhamdulillah...allahuakbar..mahasuci allah yang memberi peluang aku masih lagi bernafas pada hari ini...

 sempat print screen jam dekat desktop ni :P

Tuesday, November 8, 2011

destinasi bulan madu?

erk..rasanya lebih baik tajuk entri ni destinasi percutian dalam wishlist saya kan.
  • tempat sejuk-sejuk - boleh jadi cameron, genting atau bukit tinggi. maaf genting terkeluar dari wishlist tempat sejuk-sejuk saya sebab dah pernah pergi dan tak nak la main roller coaster time bulan madu (isk ngeri).
  • tempat ada laut atau lebih baik private beach - no satu dalam carta tentu la pantai lanjut..sebab dah pernah pergi..cuma susah nak cari tempat makan terutamanya untuk saya yang tekak kampung ni. jauh nak travel to mersing or kuantan semata-mata nak makan nasi. so takkan bulan madu nak bawak bekal ye tak..
  • tempat ada banyak muzium (eh nak bercuti ke nak belajar sejarah?) -  seriously saya suka melaka...dah banyak kali pergi pun rasa nak pergi lagi.. jonker street..muzium-muzium..tapi erm nak menapak dari satu muzium ke satu muzium tu agak payah sikit..ok tak nak.
  • tempat boleh shopping (maaf saya berkaki manusia bukan 'kaki shopping')
  • tempat dikelilingi lautan luas (sudah tentu pulau dikelilingi laut china selatan) -  teringin pulau tioman..tapi selain tengok laut, kat pulau boleh buat apa lagi? takkan nak tengok laut hari-hari..bosan..ok next!
  • tempat yang murah (mesti laa)- above all semua destinasi mesti berpatutan dengan budget anda. tengok la dulu poket sendiri macam mana.. seluk poket.. tanya budget.. eh macam pantun pulak dah...
 
kenapa tak senaraikan destinasi luar negara? laa kan cuti-cuti malaysia..bukan cuti-cuti vietnam etc hahahhaa :P

    Tuesday, November 1, 2011

    tarikh 1 . 11. 11

    ada sapa-sapa nikah hari ni?
    ada sapa-sapa birthday hari ni?
    ada sapa-sapa ...eh..banyak tanya pulak..
    entri istimewa untuk tarikh hari ini 1 11 2011 atau 1/11/11



    kredit gambar :hasil carian di Google

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails