Monday, November 14, 2011

study smart vs study hard ?

saya pernah ditanya soalan ini. saya di pihak yang mana: smart or hard? saya pun tak tahu untuk menilai kerana sama ada hard or smart bergantung pada diri anda. ia sangat subjektif.

saya memang bukan orang yang layak membuat entri yang bertajuk tips-tips bijak belajar atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. apatah lagi tips khas untuk menduduki peperiksaan di peringkat sekolah.
ya..saya bukannya ulat buku yang duduk depan tv pun masih mata terus fokus pada buku. ya saya bukan jenis itu. saya lah orangnya yang layan drama TVB yang ditayangkan di TV2 tiap-tiap petang.. buat kerja sekolah dan tengok tv. kadang-kadang tu  sampai saya rasa saya hanya tengok tv sambil buat kerja sekolah..diulang sambil-sambil sahaja. kalau dah mata fokus pada tv kerja sekolah apanya?

itulah saya sewaktu sekolah dulu..bila nak dekat SPM kawan-kawan sibuk beli borang matrikulasi. saya memang tak ada plan  nak beli. bila cikgu tanya saya cakap " saya rasa berdasarkan keputusan  trial SPM saya ni memang saya tak layak masuk matriks cikgu". cikgu geleng kepala. saya dah menyerah kalah sebelum berjuang. 

lantas orang seperti sayakah yang patut kamu tanya  tentang tips bijak belajar? 

ke mana saya selepas SPM? 
sambung entri seterusnya...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails