Saturday, August 28, 2010

sedar tak sedar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kali ni rasa pantas masa berlalu..belum puas rasanya mengimarah Ramadhan yang dinanti saban tahun.
..belum hilang rindu pada solat sunat tarawih, bangun seawal pagi menyiapkan meja menghidangkan juadah sahur, tadarus seawal pagi, subuh di awal waktu.
menjelang tengah hari sudah berkira-kira bahan apa diperlukan untuk masak petang nanti. nak buat kuih apa untuk adik bawa ke masjid malam nanti. sebelum petang merangkak ke senja, adik bawa mangkuk bagi juadah pada nenek saudara. 
Berkumpul bersama anak-anak saudara yang kian membesar , mewarnai setiap detik dengan pelbagai ragam, menyusun pinggan, cawan, gelas. sibuk minta straw, susun kuih pelbagai warna dalam pinggan.


Ramadhan bakal berlalu..tahun hadapan masih adakah nyawa dalam jasad untuk menghirup segarnya pahala Ramadhan.
sudah berkira-kira hari yang berlalu, tahan air mata dari mengalir . duhai hati jangan menangis berhiba-hiba. gunakan peluang yang berbaki untuk beramal, tingkatkan saham akhirat, sinari malam dengan ibadah. basahkan lidah dengan zikrullah..Allah, Allah, Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.


Ya Allah , terhadap dunia semoga kami dapat berzuhud, terhadap akhirat semoga kami dapat menggemari.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 




Tuesday, August 17, 2010

erm masak ke? (2)


hari tu dengan bahan yang ade maka jadilah roti john. siap cari kat Google lagi. rasa? sama macam beli kat pasar or bazar. (ok kot kan)
gambar? tak sempat snap pun.. sebab dah habis

iza: lepas ni?

Sunday, August 15, 2010

erm masak ke?

saya kena/terpaksa untuk membuat satu hidangan petang ni. /omg .tak tau berjaya atau tidak.. 
 bukan masak apepun nak menghabiskan roti yang dah nak expired aje .../hmm tak tau lagi nak buat ape dengan roti tu..tengok ape yang ade dalam fridge tu dulu ../sweat..hehe
adakah saya berjaya..kita nantikan kesudahannya.. haih macam movies plak


Friday, August 13, 2010

rezeki Ramadhan


kelmarin uncle depan rumah (chinese -tak tau nama) bagi durian 4 biji. mak buat bubur kacang durian dan bawa ke masjid . (giliran bawa kuih pada hari pertama - berdasarkan jadual yang diedarkan).
semalam uncle depan rumah bagi lag durian 4 biji /wahaha
dan belum sempat difikirkan juadah apa yang nak dibuat dengan menggunakan durian terbabit.
pagi tadi..
jumpa pakcik sedara kat pasar. dia kata nak durian datang kebun durian dia bawa kereta. mak baru berfikir mahu memaklumkan menantu beliau untuk mengambil durian tersebut petang ni. sampai rumah (dari pasar tadi) pakcik saudara dah hantar 2 bakul durian /blur ....rezeki Ramadhan ..Alhamdulillah

/bye

Thursday, August 12, 2010

kuih ros

mementang la kan sekarang die ade siarkan goyang shafiq kesinambungan kuih goyang seha..tibe2 nak buat entri ni pulak..haha ok fine takde kaitan sangat k
memandangkan ini dah 2 hari kite berpuasa..insya A, saye ucapkan selamat berpuasa dan berterawih ..semoga berhati-hati di bazar ramadhan . /hmm

sedang meng'online'kan diri tadi my mama tibe2 jenguk bilik dan bawa 2 cetak kuih ros (some said goyang but dari kecik saya panggil kuih ros). /hihi
mama ask me "nak buat kuih ros tak"
i said " erm ok jugak dah lama tak buat" <--lama means di sini sangat lama..bertahun dah..

/XD sebenarnya sangat hepi sebab this is one of my favoritas ..tot of nak snap gambar-gambar time mama buat nanti.. 
sebenarnya tak tau lagi bila mak nak buat pun /sweat 
hehe



Tuesday, August 10, 2010

teori dan praktikal

dah berapa hari ni asyik terfikir je, berbanding praktikal rasanya lebih banyak teori. selalu tengok (konon-konon ingat la kot) .tapi rasanya kena berpraktikal juga la secepat mungkin

/nobigdeal

kalau masuk dapur, mulut sibuk tanya macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni..tapi buatnya tak jugak.
masa duk kat umah sewa dulu pandai pula masak (tapi setakat untuk tekak sendiri la) sedap tak sedap sendiri tanggung ok..hidangan paling aku suke buat sawi jepun sos tiram tu..sebab paling senang.. kalau suruh masak yang lain..aku cepat2 pas senduk kat orang lain..surrender./floor
bukan apa takut membazir bahan je hasilnye kurang enak..huhu..kalau suruh jugak aku paling confident goreng telur dadar je la.campur la diced onion skit, daun bawang ke ..apape yang ade dalam fridge tu.

tu sume dulu la, sejak2 aku ambil keputusan duk umah ni..aku dah lama tak masak..paling rajin aku buat..spageti (ni pun finishing akak aku yang settle) , bruschetta (aku baca kat net recipe nya) dan apa apa yang melibatkan bakar-bakar  . aku memang suka grilled seafood, meats etc..sebabkan dah bosan..so aku dah tak buat dah sekarang..myb raya nanti buat lagi kot..


for this lunch, mak on d way masak lemak cili ape..weeee heavennesssssss..my favoritaszzzzzzzz /please


nampaknya aku dah ke laut dah membebel dari tajuk entri ni..apapun aku berazam nak asah balik bakat masak aku...ermm tak tau la bile aku dah keje nanti tumpul balik..hehe

/blush


Monday, August 9, 2010

alahai sayang


sejak 2 tahun lepas dah kami berkenalan. sejak mengenalinya hati riang...
hidup pun lebih ceria.. 


tapi sejak akhir akhir ni ada masalah yang melanda hubungan kami
aku semakin sedih. tak sanggup berpisah dengannya.

suddenly off macam tu aje without prior notice

bila dah onkan semula habis semua inbox empty T_T syahdu betul

gangguan line..tak dapat received mesej eventho hantar msg ke diri sendiri ..terpaksa tukar sim kad ke henset orang lain -on kan- dan check received msg.
yang terbaru, tanpa di off kan pun, msg2 dalam inbox anda akan berkurang daripada 85 kepada 2 sahaja.. sungguh sadis..




semua masalah ini membuatkan timbul rasa nak putuskan hubungan dengannya..tapi hati masih sayang

bukan mudah membina hubungan rapat dengan dia.. dengan henset yang sebelum ni pun hubungan bertahan sehingga 6 tahun. kena perli pun buat dont know je (3310) ...kecewa? hmm dah ditakdirkan mungkin berjodoh dengan hset yang lebih keren baik kot.






Sunday, August 8, 2010

hepi?


:D to be continued

aku harap




Ramadhan bakal menjelang. apa yang kita harapkan? tipikalnya semoga lebih baik daripada yang sebelumnya. benar. dan tak salah jika kita rasa Ramadhan kali ini adalah seolah2 yang terakhir bagi kita. ajal maut di tangan Allah SWT. kita hanya merancang...




setiap tahun, lagu ni memang sering kedengaran.
lirik nya , lagu nya memang indah dan bagus maksudnya

bila diperisakan dengan penghayatan boleh mengundang air mata..

Raihan : Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails