Saturday, August 28, 2010

sedar tak sedar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kali ni rasa pantas masa berlalu..belum puas rasanya mengimarah Ramadhan yang dinanti saban tahun.
..belum hilang rindu pada solat sunat tarawih, bangun seawal pagi menyiapkan meja menghidangkan juadah sahur, tadarus seawal pagi, subuh di awal waktu.
menjelang tengah hari sudah berkira-kira bahan apa diperlukan untuk masak petang nanti. nak buat kuih apa untuk adik bawa ke masjid malam nanti. sebelum petang merangkak ke senja, adik bawa mangkuk bagi juadah pada nenek saudara. 
Berkumpul bersama anak-anak saudara yang kian membesar , mewarnai setiap detik dengan pelbagai ragam, menyusun pinggan, cawan, gelas. sibuk minta straw, susun kuih pelbagai warna dalam pinggan.


Ramadhan bakal berlalu..tahun hadapan masih adakah nyawa dalam jasad untuk menghirup segarnya pahala Ramadhan.
sudah berkira-kira hari yang berlalu, tahan air mata dari mengalir . duhai hati jangan menangis berhiba-hiba. gunakan peluang yang berbaki untuk beramal, tingkatkan saham akhirat, sinari malam dengan ibadah. basahkan lidah dengan zikrullah..Allah, Allah, Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.


Ya Allah , terhadap dunia semoga kami dapat berzuhud, terhadap akhirat semoga kami dapat menggemari.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails