Wednesday, June 30, 2010

saya pandai jaga kereta !

aloha readers n viewers

sila abaikan tajuk yang berbaur angkuh tu..tu semua ayat jaga hati sendiri je :P

bagi seorang perempuan yang memandu sebuah kereta lembu anda perlu mengetahui pelbagai perkara.
ini adalah bagi mengelakkan perjalanan anda terganggu (anda dan kereta tersadai di tepi jalanraya sambil menunggu lelaki kacak datang bantu )





perlu diakui bahawa perempuan perlu mempelajari pengetahuan ini walaupun anda telah mempunyai boyfren ataupun encik tunang ataupun mr husband yang sanggup curi2 keluar time kerja untuk jadi superman penyelamat anda dan kereta.

hari ni saja perkara berikut termasuk dalam senarai pemeriksaan perlu saya:
  • oil treatment - sepanjang pengalaman saya servis kereta, tauke kedai tu ta bagitau langsung tentang hal ni
  • wiper -  selalu terlupa jangkahayat dan kali terakhir ia diganti sebab selalu tengok elok je takde bunyi2 aneh pun
  • angin tayar -  sila pastikan semua penumpang keluar baru isi angin..tapi kalau anda sensorang, jangan pula keluarkan barang-barang dalam kereta tu..nanti kena curi....
iza: tak cukup hanya pastikan rim berkilat, body shining shining tapi enjin tak jaga..

Tuesday, June 29, 2010

antara paraguay vs jepun

sokonglah asia ..^_^

jangan pula anda tak sokong jepun sebab sejarah perang dulu

paraguay dulu maybe tak jajah sebab jauh sangat n kos tinggi :D hehe
ok ..STOP! 


iza: nite allz ^_^ luv ya

kalau dia merajuk


diingatkan ni bukan sambungan lagu dalam cerita madu tiga "kalau dua2 merajuk ana kawin 3"
dan diingatkan juga tak semestinya merajuk dan pujuk ni hanya untuk pasangan2 couple ok, u should know paling penting selepas perkahwinan
  1. kadang2 merajuk sebab nak perhatian
  2. merajuk sebab korang tak faham2 ape die suke n tak suke (err atau saje buat2 tak faham? )
  3. cube ingat balik ade tak korang tersalah cakap ke yang buat dia berkecil hati (makes he/she feels so down) T_T
  4. atau pun ada tak terpuji orang lain lebih2 hingga mencabar kewibawaannya - for gurls kalau puji Fahrin Ahmad macho gile dan ini menyebabkan ur chenta kecik ati maybe die ingat betul2 korang ada affair dengan Fahrin ..hehe apekah
  5.  tak reply sms atau panggilan dari dia- please la bitau kredit korang da abis (err ye ke..berkesan ke escapism ni)


 *diingatkan bahawa anda perlu mencari artikel artikel yang lebih meyakinkan berbanding entri ini untuk rujukan yang lebih berkesan *



iza : Men Are from Mars, Women Are from Venus..hehe kalau same tak la saling melengkapi namenye

mata paling cantik ^_^

mata paling cantik..ini adalah subjektif yer



iza: saje je ..

anonymous berhati satu ...

Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.




A heart that loves is always young.

ubat sakit kepala?

disebabkan hari ni saya sakit kepala (sedang mencari sebab if salah makan ke etc), maka hari ni google petua untuk hilangkan sakit kepala 

peng google an ini membawa kepada Laman Petua Nenek

jadi di sini sikit sebanyak saya kongsikan petua yang diberi 

 Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
       iza kate: saya takde daun sirih so, takleh buat petua ni

Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
     iza kate: takut mak marah amik daun sawi semata2 nak hilangkan sakit kepala.membazir, baik masak untuk makan tengah hari

Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

iza kate:  santan serbuk boleh tak? hmmm tapi again rasa membazir.santan leh masak lemak cili api...nyum2
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

iza kate: mane plak nak cari daun setawar ..sambil garu2 kepala


Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

iza kate: mane pulak nak cari kulit manggis...uhuhu



jadi senangnya ambil je la panadol T_T



Monday, June 28, 2010

ann's sweet heart

hye allz..

ni kire penghargaan untuk ann sebagai commenter terbanyak di blog saya ^_^



Ann...  He has a Polish-born wife Sylwia Klose


Nama penuh the kacak man :   Miroslav Marian Klose
Tarikh Lahir :9 June 1978 (1978-06-09) (age 32) <--tak tua sangat pun Ann :D











jangan biarkan hidup anda diselubungi mistik

yaa tajuk yang menggiurkan err bukan2 tajuk yang ade unsur2 mistik la kot
based on sharing is caring..saja nak kongsi pengalaman sendiri

lokasi: jalan nak balik rumah (for ur information, nak masuk ke pekan saya dalam 10 km dari jalan utama dan kiri kanan ada banyak landmark, tree mark, jirat mark, kuil mark , kubur cina mark etc

dipendekkan cerita pada satu pagi yang indah..dalam perjalanan keluar ke pekan yang lain dari rumah (of course melalui jalan yang digambarkan tadi) akan melalui satu kebun (kebun la kot) yang ada kubur persendirian..kat situ ada dalam 3 kubur je camtu ( bukan muslim nye kubur tau)

kawasan tersebut baru je dibersihkan  (mungkin untuk penanaman baru secara berkelompok). jadi keadaan keliling lapang dan bersih.

nak dijadikan cerita, saya yang masa tu asyik sangat pandang ke luar tingkap (bukan saya drive kete mase tu) telah terpandang ke kawasan kubur terbabit. 
dan saya terpandang satu item  ops bukan ..'seseorang' berpakaian cina tradisional lelaki (warna hitam ..ala baju macam cite cine dulu2 tu) bertopi bentuk kun (macam petani tradisional) sedang menyapu di kawasan terbabit..

i ask my sis (tak silap la..sbb cite ni dah lame) tapi die tak nampak katenye..so dalam perjalanan balik saje la nak tengok lagi ..n memang dah takde..mase tu selamba yaya je la sbb berfikiran +ve mmg ada orang menyapu kat situ (err ade ke org menyapu kebun? ada kot)


iza: sejak kejadian itu, kalau lalu situ mesti tengok kawasan kuburan tu..n pernah pecut sampai 100km/j sebab terbalik malam lalu jalan tersebut..Alhamdulillah takde pape T_T

Sunday, June 27, 2010

har har hampeh!!!! jadi lauk la pulak

saye sebenarnye tak sokong mane2 dan obviously menyokong pasukan yang menang (apekah..)
abistu, kalau dah jadi lauk 4-1 ko nak sokong sape T_T

iza: saya sokong England at first..sebab memang tak tahu pape tentang  Jerman..(nazi or  hitler in sejarah ting. 4 ) hehehe..so sekarang berpura-pura tidak menyokong mana-mana pihak :P
     

antara aku, mereka dan bola

antara merah dan putih
antara Jerman dan England
semua orang cerita Jerman dahului England ( sedang berharap Rooney dapat sepak bola lagi selepas ni)

tapi disebalik semua kisah ni..(ala2 sebalik tabir la) 
mungkin ada yang tension kedai tutup (terpaksa pergi jauh nak cari kedai lain)
mungkin ada yang terpaksa tengok mentor 4 sebab kakak2 n mak die nak tengok ila terkeluar
mungkin ada yang terpaksa tengok movie sebab gf ajak (kene ikut takut merajuk seminggu)
 mungkin ada yang terpaksa teman gf tengok bola (eventho tak minat bola langsung)
mungkin ada yang terpaksa belanja lebih sebab makan kat luar nak tengok bola
mungkin ada yang kena tangkap sebab kerja overtime bukak kedai judi haram (tengok world cup dalam lokap)
mungkin ada yang dapat duit lebih sebab menang pertaruhan
ada jugak dah cop seat vvip depan skrin besar (siap bagi tips kat mamak kedai )

semua punyai cerita sendiri...sedih ke gembira ke semuanya kerana satu Piala Dunia 2010

iza: tak pernah dengar lagi orang ramai terpaksa berebut-rebut datang awal ke masjid sebab nak cop saf depan
belum pernah dengar juga orang terpaksa pergi masjid lain (yang lebih jauh) disebabkan masjid terlalu penuh (ramai jemaah)  masa solat tarawikh


Saturday, June 26, 2010

kembara mahkota datang lagi

tak sabar nak tunggu sultan johor sampai tempat saya

sempat snap beberapa pic masa hantar kakak saya jumaat lepas
di stesyen kecil BEKOK ini lah Sultan Johor akan mencemar duli melawat penduduk pekan comel ini..
pekan comel yang melambangkan satu Malaysia pelbagai bangsa semua ada
saya juga insya Allah akan berada di acara sambutan tu untuk melihat Sultan dari dekat
ohh sungguh excited!!!!!



berikut adalah penanda yang paling glamer..sebab kalau pegi stesen keretapi mesti ambil port ni untuk bergambar



sungguh antik kan signboard ni

iza: selamat datang!!!

gerhana bulan 26 jun 2010

cepat tengok..dirikanlah solat sunat

tamat jam 9 ni

lama punya cerita


sungguh lame tak dengar n tengokn video ni..bila dengar rasa macam pakai baju sekolah semula, main teng2 waktu rehat with kawan2 yang most of it da kawen sekarang ...rasa muda? of course all the way..hehee

cari jodoh hingga ke luar negara?

halo3 semua
jangan la cari jodoh sampai ke luar negara..dalam negara pun boleh kan..
so ini sbnrnya tak ada kena mengena dengan pencarian jodoh, tapi ia lebih berkisar tentang seorang penyanyi dari Malta : Fabrizio Faniello yang terkenal dengan lagu ini

ini bukan ciplak kerana menurut pautan ini

Yes, it’s a song from Indonesian Band WALI, they had a huge success with this song, sold 4 million downloads and 1 million CD`s only in Indonesia. I am under contract with CAP-Sounds and they have a contract with the same label which is doing WALI and also my records in Indonesia. So the Boss of this label asked us , if we would like to record this catchy tune with an international standard and English lyrics.
iza: suka yang mana?

Friday, June 25, 2010

brazil vs portugal

saya sokong mana? huhu saya bukan peminat bola yg tegar
cuba untuk menonton..tp sebab kualiti online watching yang rendah *gambar kabur2 sume..loading2 n tau2 da gol T_T betul ann cakap tak puas ati tengok web ni. maka saya dengan rasminya memilih tilam di antara kedua pasukan yang digeruni ini..

serba salah nak sokong mana (sungguh patriotik ) err tapi lebih kepada tak tau nak support cristiano ronaldo atau kaka :P hehe

*nak tengok ke sila ke sini http://www.footyfire.com/

dengan ini iza mengucapkan selamat malam..

iza: hari yang indah juga..Alhamdulillah

terasa dihargai pula ^_^

tahniah kepada  ben ashaari sbb dah capai 2222 followers.
 sebagai followers rasa dihargai sbb ? ada gambar saya dalam entri ni. eventho kecik je tapi rase sangat bes ^_^V v 
*gambar kredit kepada encik ben*

sampai tiga?

sampai tiga kali talak / talak tiga ..whatsoever

tapi kenapa ntah la

ni rentetan kes perceraian artis..T_T

iza: sian kat anak-anak

saya join kelab blogger

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER
atas kesedaran sebagai seorang blogger saya telah join kelab ni...untuk tambah kenalan blogger dan sebagainya
. terima kasih kepada blogger kacak (err hehe saya tak tipu la..pi tengok blog die kalo tak caye =_=' ) atas entri ini: cara-cara

semalam lain hari ni lain

semalam aku baca penyanyi Aishah telah selamat bernikah

hari ni aku baca Maya Karin pula ke mahkamah


 http://www.utusan.com.my/utusan/info4.asp?pg=others/cover.htm

macam2 T_T

Thursday, June 24, 2010

tanya sama hati

tadi ikut kakak n mak gi carrefour bp

disebabkan sampai da masuk asar, maka kami gi surau n solat dulu. (hehe saya tak solat..ABC -Allah Bagi Cuti)
masa tgh tunggu kakak n mak solat, terpandang saya seorang anak kecil ni..umur dalam 5-6 thn rasanya.
yang manisnya kanak2 ini bertudung. tibe2 terfikir...kalau kanak2 sekecil tu tau batasan aurat..atau setidak2nya menurut cara pakaian ibunya, mengapa tidak org dewasa spt kita? segan tak dengan kanak2 sekecil tu?

pada masa yang sama juga kelihatan 2 org kanak2 (adik beradik barangkali) sedang bersolat..
soalan yang sama terlintas..org dewasa yang tak solat segan tak dengan kanak2 ni..kalau kudrat kecil tu mampu..yang dewasa apatah lagi

iza: tanya sama hati..tepuk dada tanya iman ^_^

renung2kan dan slmt beramal!!



women's cycle

bes kan this title..n sorry this en3 will not talk about the bicycle or something that moving on round object :P
 this en3 akan berkisar mengenai kitaran haid aka menstrual cycle
ini bukan sesuatu yang aneh untuk diceritakan..n i surely knows that my women readers mmg tahu pasal ni.
segan? haha tak perlu la segan sbb kadang2 emosi tu sendiri dha reflects the cycle ..hehe


maklumat pertama yang saya dapat di sini

Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.

dan hari ni saya baru tau ada online calculator untuk cycle ni . alangkah mudahnya skrg! (or in other words : hey! saya baru tau T_T )


iza said: hmm senggugut?

Apa itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

iza: adeiii mmg la kalau kene senggugut / period pain ni rase nak berhibernasi je satu hari suntuk takmo gi mane2..every cloud has a silver lining? betul kot. coz kalo period leh dapat MC ..hehe tp jangan tipu dr okeh tak baek.

again kalo kene piod pain ni leh la tuam ngn mende hangat kat perut 
(seterika ke..etc) hehehe sounds ngeri kan tapi aku penah denga org buat..yang selalunye letakla botol berisi air panas ^_^


dan untuk menambah keilimiahan entri ni (or artikel?) di sini saya carikan petua untuk mengatasi masalah senggugut atau bahasa pasar tani di kalangan org pempuan we call it sesungut :P

satu petua yang menarik adalah petua yang guna halia .skrg dah lagi mudah org gune losyen mustajab pati halia untuk mengatasi masalah ni.. takperlu lagi nak cari lesung n tumbuk2:D hehe bukan malas tapi tak bape rajin

Tuesday, June 22, 2010

sandaran hati

petang ni ingin mengajak kalian mendengar lagu ini
kalau kalian pernah dengar mari la dengar 
kalau belum, hayati the lyrics n music..its really touching




Monday, June 21, 2010

smoked frankfurter

caihss tajuk takleh blah

padahal bakar sosej atas kuali leper mak je pun
kali ni eksperimen pembakaran dikira menjadi coz ade effect hitam2 kat sosej tu

kire orait la untuk berbuka tadi <--side delicacies je  pun T_T



admire d purple wall T_T

admire purple wall ni (umah one of my pakcik)

kalo perati betul2 ade tone colour kan
haih sangat admire..nak cat bilik warne ni (berangan jek..coz sista da cat bilik warna oren T_T ) 








nak balik tu sempat snap gamba cousin yang balik dari kelas tae kwon do <--betul ke eja ni T_T haihh iza2...

ni lagu lame : trigger memoriesss

korang penah dengar ?
penyanyinya endang s taurina

Indung Indung Kepala Lindung
Hujan Di Udik Di Sini Mendung
Anak Siapa Pakai Kerudung
Mata Melirik Kaki Kesandung

Lahawaala Walaquwataa
Mata Melihat Seperti Buta
Tiada Daya Tiada Upaya
Melainkan Tuhan Yang Maha Esa

Duduk Goyang Di Kusi Goyang
Beduk Subuh Hampir Siang
Bangunkan Ibu Suruh Sembahyang
Jadilah Anak Yang Di Sayang

Aduh Aduh Siti Aishah
Mandi Di Kali Rambutnya Basah
Tidak Sembahyang Tidak Puasa
Di Dalam Kubur Mendapat Siksa 


delayed entri 1: jalan2 waterfalling

*abaikan tatabahasa tajuk tu -_-"

ahad pagi

dalam pikiran tanye : nak pegi tanak pegi (berulang2 sampai rase nak lempang angin)

pastu one of my sista msg and said: jadi ke?
i said : bole kot tanye mak dlu

at d end jadi pegiiii

pegi mana?


pegi air terjun ^_^ V 

habis sume org kene ikut
on d spot meals 
get set GO! 
*pic*






Friday, June 18, 2010

tahniah fwen: new member to be ^_^

tahniah!

hehe to my fwen tahniah for the news of new baby (or babies?) 

keep smiling ^_^ tau..ti dah dpt tau baby boy ke gegirl btau yea 

p/s: kene bagi duit raya tak? :D

Thursday, June 17, 2010

gi kenduri then amik gamba ngn artis :P

las wiken gi kenduri kawan kakak..dah la lewat sampai coz kitorg kene gi rewang dulu kat kejiranan.
around 4 near to 5 kami sampai

then tgh2 nak makan tengok tuan rumah sibuk2 amik gambar dengan seseorang
sume skali lak tu dorg berkumpul kat satu area
pastu my sis tanye
amik gamba dgn sape
rupe2nye artis
hehe kire artis la weii
then kitorg pun join skali amik gamba

mmg tak bawak kamera..so pakai kamera henset je
layan.... 

from left: my adik, the artis (actor), me, balqis , and standing behind my sista (ibu balqis)

kalah dengan switzerland????

takla sedih pun... cos naturally i'm not supporter for anyone..

tapi mmg suke underdog / team yang tak disangka menang

corak permainan berkampung (bak kata Ahmad Fedtri Yahya dalam MHI hari ni) switzerland telah berjaya membawa kemenangan kepada mereka

aiyo macam pengulas sukan sudahhh

:P 

*p/s: bes gak layan skali skale bola neh



Wednesday, June 16, 2010

fifa 2010 : haih saye tertengok lak match spain vs swiss

neves wehh mari nantikan keputusannye..

bes ke swissnye team ni?

saye cume tau spain je sblm ni berbanding swiss

haha tu diaa diorg tengak berebut jambulani (eh betul ke ni)...ok tata  nnti da tau result btau tauu

haikal disturbing the conversation

haikal anak sedare kawan gtalk saye telah mengganggu perbualan kami

menurut kawan saye tu, haikal suke main mouse as if it is kete mainan

kewl

p/s: saye penah jumpe haikal..i like his eyes ^_^ handsomeee


Tuesday, June 15, 2010

sharing is caring [ meh la tengok bola online]

tk perlu la nak pi mane2 kedai ..
tp kalo nak p jugak takkan saye nak halang T_T




http://www.footyfire.com/

the durian

aduiyai..yesteday bile kakak offer makan durian makan skit je <--konon2 macam takut badan panas la ape laa. tibe2 hari ni my sis offer makan saya makan sampai 7 ulas.gilers T_T kene minum air banyak2 hari ni hu2

korang makan durian x? :P

Monday, June 14, 2010

sungguh indah ^_^


 diambil dari sini blog ini

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah


keistimewaan rejab

bermula dengan ini...
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka. http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

ku surfing lagi dan ku temukan ini
http://www.al-azim.com/~beringin/bicara/bulanrejab.htm
Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala 



subhanallah...maha suci Allah..kuatkan semangatku untuk meneruskan puasa hari ini..

Thursday, June 10, 2010

d pics

*hambik banyak betul gambar untuk entri neh...starting from afiq yang super cumel , me an balqis, my sizzling mase outing kat bpmall, mysis eating n my mom dengan her mi goreng (aduih gastronomical entri ) k la tata enuf for today mau offfffffff

this lil'boy kena denda!

mohd aisy iman (anak saudara saya) yang suke kacau saye depan lappie harus di denda

dendanya?
saya snap pic die n trus upload..haha 

*haduiiilaaa cumelnyaaa..nak gigit je pipi die tuh ..tapi takut kene marah lak dengan mak die hahahaaa

the porridge (delayed pic)

ni le porridge that i ate for lunch yesterday

aduh sungguh enak dimakan  campur bawang goreng sket, celery  dan yang paling besh ikan masak lemak cili padi n ikan bilis goreng as accessories


*sorry for the pic's quality..almaklumlah handset biase je :P

bertemu dan berpisah

buat seorang kakak yang saya kenali di utm skudai.

buat seorang kakak yang banyak memberi kata-kata semangat

buat seorang kakak yang sangat komited dengan tanggungjawabnya

buat seorang kakak yang sudi meluangkan masa mendengar luahan rasa

buat seorang kakak yang membantu titian di denai agar sentiasa lurus

semoga kita dipertemukan kembali di titik waktu yang sama

sayang kamu selalu

Wednesday, June 9, 2010

song for gaza




WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

sharing is caring [ u want more?] <-- u shud!

 http://peribadirasulullah.wordpress.com

kawan saya bagi link laman ni.. bagus untuk pengetahuan serta pemantapan ilmu.

thanx fwen ^_^

jean claude van damme

hua2

saje je nak letak gambar die ni..kenal??

tapi die da tua skarang T_T

my fav hero dulu dah tua :P

sempena B.O.L.A

hehe ye la Ann aku layan bola satu entry ni

aku bukan peminat bola sepak..aku minat secara bermusim, secara kebetulan dan apape yang sewaktu dengannye...
kali terakhir aku layan world cup ni masa 1998 sbb aku minat giler kat Ricky Martin sbb die nyanyi lagu bola mase tu :P
aku tak tau nak ramal sape yang akan dapat world cup tu..secara sejarahnya mungkin aku leh la pilih Brazil..namun secara realitinya aku tak rasa Brazil leh dapat world cup tu :P sunggo tak positif kan ..hehe

entry kali ni aku nak korek balik lagu lame yang buat aku minat bola nih mase dulu


sile layan macam anda berkarok :P kuang3

"The Cup Of Life"

Do you really want it? [x3]
Go, go, go, ale ale ale [x2]
Go, go, go, here we go, yeah

[1] - The cup of life, this is the one.
Now is the time, don't ever stop
Push it along, gotta be strong.
Push it along, right to the top

[2] - Como Cain y Abel, es un partido cruel.
Tienes que pelear, por una estrella
Consigue con honor, la copa del amor
Para sobrevivir y luchar por ella
Luchar por ella (YEAH)
Do you really want it... (YEAH)

[3] - Here we go! Ale, Ale Ale! Go, go, go! Ale, Ale Ale!
Arriba va! El mundo esta de pie. Go, Go, Gol!! Ale, Ale, Ale

La vida es, competicion. Hay que sonar, ser campeon
La copa es, la bendicion. La ganaras, Go, Go, Go!

And when you feel the heat. The world is at your feet
No one can hold you down. If you really want it
Just steal your destiny. Right from the hands of fate
Reach for the cup of life. 'Cause your name is on it
Do you really want it...(YEAH)
Do you really want it...(YEAH)

Tu y yo! Ale, Ale Ale. Go, go ,gol! Ale, Ale, Ale
Tonight's the night, we're gonna celebrate
The cup of life!!! Ale, Ale, Ale.
[repeat 1, 2, 3]
Un, dos, tres, ale ale ale. Un, deux, trois, ale ale ale...


porridge for today ^_^

yummy!

 


whoaaa besnya lunch nanti ^_^ err blum time lunch lagi ok ..hahahaa >_<

Tuesday, June 8, 2010

hukum memakai bulu mata palsu


salam muslim readers and viewers..


saya tergerak untuk mencari hukum memakai bulu mata palsu..(coz lately ni banyak tengok gambar org kawen dgn solekan super duper tebal dan nampak 'berat')

dan ini jawapan yang saya jumpa dari HafizFirdaus.com

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.


*jadi lepas ni kena pastikan ye perkara2 sebegini...dari sudut solekan kita kelihatan kurang cantik,  tetapi yang penting kita kelihatan anggun di akhirat..insya Allah
*saya juga terlepas pandang perkara ini sehingga menyebabkan saya tidak berpesan kepada ukhti saya semasa perkahwinannya T_T

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails