Tuesday, June 8, 2010

hukum memakai bulu mata palsu


salam muslim readers and viewers..


saya tergerak untuk mencari hukum memakai bulu mata palsu..(coz lately ni banyak tengok gambar org kawen dgn solekan super duper tebal dan nampak 'berat')

dan ini jawapan yang saya jumpa dari HafizFirdaus.com

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.


*jadi lepas ni kena pastikan ye perkara2 sebegini...dari sudut solekan kita kelihatan kurang cantik,  tetapi yang penting kita kelihatan anggun di akhirat..insya Allah
*saya juga terlepas pandang perkara ini sehingga menyebabkan saya tidak berpesan kepada ukhti saya semasa perkahwinannya T_T

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails