disebabkan hari ni saya sakit kepala (sedang mencari sebab if salah makan ke etc), maka hari ni google petua untuk hilangkan sakit kepala
peng google an ini membawa kepada Laman Petua Nenek
jadi di sini sikit sebanyak saya kongsikan petua yang diberi
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
iza kate: saya takde daun sirih so, takleh buat petua ni
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
iza kate: takut mak marah amik daun sawi semata2 nak hilangkan sakit kepala.membazir, baik masak untuk makan tengah hari
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
iza kate: santan serbuk boleh tak? hmmm tapi again rasa membazir.santan leh masak lemak cili api...nyum2
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
iza kate: mane plak nak cari daun setawar ..sambil garu2 kepala
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
iza kate: mane pulak nak cari kulit manggis...uhuhu
jadi senangnya ambil je la panadol T_T
No comments:
Post a Comment